- Mewujudkan bekas pelatih Program Latihan Khidmat negara yang terus menerus memberi sumbangan kepada negara.
- Membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjayakan Program Latihan Khidmat Negara satu iltizam yang diterima seluruh lapisan masyarakat.
- Sebagai medium untuk PLKN meneruskan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kearah 3P.
- Sebagai platform untuk ahli KAPLKN mengeratkan silaturrahim yang sihat dikalangan mereka.
Tujuan & matlamat penubuhan KAPLKN
Expo Angkatan Tentera Malaysia
Kelab Alumni PLKN Malaysia akan menyertai Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada:
Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam
Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang. Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan.
Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:
a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.
b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.
c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.
d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.
Semua dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lupa untuk mengunjungi booth KAPLKNM
Program Mesra Alumni dan sesi Dialog Bersama Ahli
Kelab Alumni PLKN Malaysia akan mengadakan Program Mesra Alumni dan sesi dialog bersama ahli pada ketetapan berikut:-
PROGRAM:Mesra Alumni dan sesi Dialog bersama Ahli
TARIKH: 16 & 17 Januari 2009
TEMPAT: Kem Princess Haliza,Sepang
TEMPAT BERKUMPUL: Stesen Putra LRT Wangsa Maju
Terhad kepada 40 orang ahli yang pertama..makanan disediakan..
untuk pertanyaan,hubungi:-
En.Mohd Elyas @ En. Yasin b.Musa
PROGRAM:Mesra Alumni dan sesi Dialog bersama Ahli
TARIKH: 16 & 17 Januari 2009
TEMPAT: Kem Princess Haliza,Sepang
TEMPAT BERKUMPUL: Stesen Putra LRT Wangsa Maju
Terhad kepada 40 orang ahli yang pertama..makanan disediakan..
untuk pertanyaan,hubungi:-
En.Mohd Elyas @ En. Yasin b.Musa
Subscribe to:
Posts (Atom)