Cari di Sini




Showing posts with label Program Terbaru KAPLKN. Show all posts
Showing posts with label Program Terbaru KAPLKN. Show all posts

Perarakan Hari kemerdekaan

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52, Kelab Alumni PLKN (KAPLKN) akan menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh :31 Ogos 2009

Tempat:Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Masa: Akan ditetapkan

Sehubungan dengan itu,KAPLKN memerlukan seramai 64 orang ahli yang berminat untuk menyertai Perbarisan bersempena Perarakan tersebut. Latihan akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan. Penyertaan adalah percuma dan tempat adalah terhad. Terbuka kepada semua ahli KAPLKN khasnya ahli yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk yang berminat menyertai, Sila sms Nama,alamat dan no.telefon ke 0128157515

sebarang pertanyaan,sila hubungi:
Shazilaniza
Ahli Majlis Tertinggi
0128157515

Program Alumni Homecoming

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN) dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Alumni Negeri Kedah akan mengadakan satu program seperti butiran berikut:

Nama Program : Majlis Alumni Homecoming Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Tarikh : 29 Mei 2009 - 31 Mei 2009 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat : Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Kumpulan Sasar : Terhad kepada 200 Alumni PLKN yang berminat

Bayaran : RM 50.00 bagi ahli KAPLKN & RM 100.00 bagi bukan Ahli KAPLKN

Sehubungan dengan itu, mana-mana individu yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah membayar yuran pengesahan kehadiran sebanyak RM30.00 menggunakan wang pos (rujuk contoh di Lampiran), mengisi borang maklumbalas seperti di Lampiran A serta borang keahlian KAPLKN (bagi bukan ahli sahaja) seperti di Lampiran B dan mengembalikannya semula ke alamat diatas melalui pos sebelum 9 Mei 2009. Tuan/Puan diwajibkan membawa keratan sebelah kiri kiriman wang pos anda beserta baki yuran penyertaan sewaktu program kelak. (Rujuk Surat Jemputan)

Selain itu, KAPLKN juga ada menyediakan perkhidmatan bas untuk kemudahan Tuan/Puan. Bagi memudahkan urusan pengangkutan bagi yang memerlukan, Tuan/Puan diwajibkan untuk menghubungi Urusetia Program ditalian 03-26873417 (u/p En Azlan).

Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan berhubung perkara di atas adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(MOHD FIRDAUS BIN MD ALIP)
Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN)
Tel : 019-6348654

Program Mesra Pelatih Kem Setia Ikhlas,Semenyih

DIMAKLUMKAN BAHAWA KELAB ALUMNI PLKN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SATU PROGRAM MESRA ALUMNI SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:-

TARIKH : 7 DAN 8 MAC 2009 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : KEM PLKN SETIA IKHLAS SEMENYIH
SASARAN :TERHAD KEPADA 25 ORANG AHLI KAPLKN

PERKHIDMATAN VAN DISEDIAKAN, SILA BERKUMPUL DI:

TARIKH : 7 MAC 2009
TEMPAT : LOBI MENARA TH SELBORN, JALAN TUN RAZAK
MASA : 2.00 PETANG

SEKIAN TERIMA KASIH

FIRDAUS
PRESIDEN
KELAB ALUMNI PLKN MALAYSIA
(019-6348654)