Cari di Sini




Expo Angkatan Tentera Malaysia

Kelab Alumni PLKN Malaysia akan menyertai Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada:

Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang. Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan.
Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:

a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.

b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.

c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.

d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lupa untuk mengunjungi booth KAPLKNM

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas suara anda..

Thanks for your Comment