Cari di Sini




Expo Angkatan Tentera Malaysia

Kelab Alumni PLKN Malaysia akan menyertai Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada:

Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang. Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan.
Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:

a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.

b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.

c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.

d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lupa untuk mengunjungi booth KAPLKNM

Program Mesra Alumni dan sesi Dialog Bersama Ahli

Kelab Alumni PLKN Malaysia akan mengadakan Program Mesra Alumni dan sesi dialog bersama ahli pada ketetapan berikut:-

PROGRAM:Mesra Alumni dan sesi Dialog bersama Ahli

TARIKH: 16 & 17 Januari 2009

TEMPAT: Kem Princess Haliza,Sepang

TEMPAT BERKUMPUL: Stesen Putra LRT Wangsa Maju

Terhad kepada 40 orang ahli yang pertama..makanan disediakan..

untuk pertanyaan,hubungi:-
En.Mohd Elyas @ En. Yasin b.Musa

Pengasas Kelab Alumni PLKN

Ini adalah nama-nama mereka yang telah mengasaskan kelab alumni PLKN:-

Hazwan Misron
Nurul Asyikin Amir Arif
Law Kit Ying
Nurul Ain Abd Hamid
Amir Razlan Mohamad Zain
Raj Mohamad Abd Latiff
Mohd Nizamuddin Abu Bakar
Mohd Shah Rezza Juhari
Ahmad Faizzi Masri
Liew Chip Kwan
Zulkifli Mohd Nor
Anis Salwa
Mohd Fauzi Mohd Tahir
Ahmad Nawawi Amir
Penny Lee Chiew Ting
Mohd Fadzil Jaafar
Lieyana Teo Mohd Zulkifli Teo
Zahra Ibnu
Melissa Mah Siew Kheng
Hafizatul Hasnie Shahril
Muhammad Nizam Muhammad Nordin
Nur Zeatty Mar'dianiee Nasran
Sri Yusrita Md Yusof
Mohd Firdaus Md Alip


Dilancarkan pada:

4 SEPT 2006 di Dewan CAC, UIA Gombak.