Cari di Sini




Yuran KAPLKN

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar oleh ahli adalah seperti berikut:-

Ahli biasa
Bayaran Masuk: RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja)
Yuran Tahunan: RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)

Ahli Seumur Hidup/Ahli Bersekutu : RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
(Dibayar sekali sahaja)

Logo KAPLKN


Rekabentuk


Logo Kelab Alumni PLKN (KAPLKN) ini telah diadaptasi dari logo asal Program Latihan Khidmat Negara.


Logo ini berkonsepkan api dan berkepala manusia dengan tiga warna iaitu Merah, Biru, dan Kuning.


Di bawah logo terdapat satu bulatan biru yang terkandung simbol bulan dan bintang di dalamnya.


Dibawah bulatan biru tadi tercatat nama kelab iaitu “ALUMNI PLKN”

Keterangan Logo


Api dengan berkepala manusia yang sedang membara dan melambai MELAMBANGKAN semangat patriotisme


Bentuk api dihasilkan dengan merah, biru dan kuning MELAMBANGKAN 3 suku kaum utama di Malaysia.


Bentuk bulat berwarna biru MELAMBANGKAN perpaduan yang erat antara ketiga-tiga kaum.


Bentuk bulan dan bintang pula MELAMBANGKAN kedaulatan negara yang harus dipertahan oleh semua pihak.


Perkataan ALUMNI PLKN dibawah lambang dibentuk yang mencakupi bentuk api tadi MELAMBANGKAN visi dan misi yang akan dilaksanakan.

Keahlian KAPLKN

Keahlian KAPLKN terbahagi kepada 4 kategori iaitu:-

1. Ahli Biasa-Semua bekas pelatih PLKN seluruh negara.

2. Ahli berdaftar-Bekas Pelatih PLKN yang telah mendaftar sebagai ahli KAPLKN.

3. Ex-Officio- Terdiri daripada pegawai-pegawai di bahagian pengurusan pelatih (HEP) Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyandang jawatan-jawatan:

a) Pengarah
b) Pen. Pengarah
c) Pegawai cawangan Alumni


4. Ahli bersekutu-Terbuka kepada pegawai-pegawai atau bekas-bekas pegawai Jabatan Latihan Khidmat Negara.