Cari di Sini




Logo KAPLKN


Rekabentuk


Logo Kelab Alumni PLKN (KAPLKN) ini telah diadaptasi dari logo asal Program Latihan Khidmat Negara.


Logo ini berkonsepkan api dan berkepala manusia dengan tiga warna iaitu Merah, Biru, dan Kuning.


Di bawah logo terdapat satu bulatan biru yang terkandung simbol bulan dan bintang di dalamnya.


Dibawah bulatan biru tadi tercatat nama kelab iaitu “ALUMNI PLKN”

Keterangan Logo


Api dengan berkepala manusia yang sedang membara dan melambai MELAMBANGKAN semangat patriotisme


Bentuk api dihasilkan dengan merah, biru dan kuning MELAMBANGKAN 3 suku kaum utama di Malaysia.


Bentuk bulat berwarna biru MELAMBANGKAN perpaduan yang erat antara ketiga-tiga kaum.


Bentuk bulan dan bintang pula MELAMBANGKAN kedaulatan negara yang harus dipertahan oleh semua pihak.


Perkataan ALUMNI PLKN dibawah lambang dibentuk yang mencakupi bentuk api tadi MELAMBANGKAN visi dan misi yang akan dilaksanakan.

Keahlian KAPLKN

Keahlian KAPLKN terbahagi kepada 4 kategori iaitu:-

1. Ahli Biasa-Semua bekas pelatih PLKN seluruh negara.

2. Ahli berdaftar-Bekas Pelatih PLKN yang telah mendaftar sebagai ahli KAPLKN.

3. Ex-Officio- Terdiri daripada pegawai-pegawai di bahagian pengurusan pelatih (HEP) Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyandang jawatan-jawatan:

a) Pengarah
b) Pen. Pengarah
c) Pegawai cawangan Alumni


4. Ahli bersekutu-Terbuka kepada pegawai-pegawai atau bekas-bekas pegawai Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Program Alumni Homecoming

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN) dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Alumni Negeri Kedah akan mengadakan satu program seperti butiran berikut:

Nama Program : Majlis Alumni Homecoming Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Tarikh : 29 Mei 2009 - 31 Mei 2009 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat : Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Kumpulan Sasar : Terhad kepada 200 Alumni PLKN yang berminat

Bayaran : RM 50.00 bagi ahli KAPLKN & RM 100.00 bagi bukan Ahli KAPLKN

Sehubungan dengan itu, mana-mana individu yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah membayar yuran pengesahan kehadiran sebanyak RM30.00 menggunakan wang pos (rujuk contoh di Lampiran), mengisi borang maklumbalas seperti di Lampiran A serta borang keahlian KAPLKN (bagi bukan ahli sahaja) seperti di Lampiran B dan mengembalikannya semula ke alamat diatas melalui pos sebelum 9 Mei 2009. Tuan/Puan diwajibkan membawa keratan sebelah kiri kiriman wang pos anda beserta baki yuran penyertaan sewaktu program kelak. (Rujuk Surat Jemputan)

Selain itu, KAPLKN juga ada menyediakan perkhidmatan bas untuk kemudahan Tuan/Puan. Bagi memudahkan urusan pengangkutan bagi yang memerlukan, Tuan/Puan diwajibkan untuk menghubungi Urusetia Program ditalian 03-26873417 (u/p En Azlan).

Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan berhubung perkara di atas adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(MOHD FIRDAUS BIN MD ALIP)
Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN)
Tel : 019-6348654