Cari di Sini




Keahlian KAPLKN

Keahlian KAPLKN terbahagi kepada 4 kategori iaitu:-

1. Ahli Biasa-Semua bekas pelatih PLKN seluruh negara.

2. Ahli berdaftar-Bekas Pelatih PLKN yang telah mendaftar sebagai ahli KAPLKN.

3. Ex-Officio- Terdiri daripada pegawai-pegawai di bahagian pengurusan pelatih (HEP) Jabatan Latihan Khidmat Negara yang menyandang jawatan-jawatan:

a) Pengarah
b) Pen. Pengarah
c) Pegawai cawangan Alumni


4. Ahli bersekutu-Terbuka kepada pegawai-pegawai atau bekas-bekas pegawai Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Program Alumni Homecoming

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN) dengan kerjasama Sekretariat Perhubungan Alumni Negeri Kedah akan mengadakan satu program seperti butiran berikut:

Nama Program : Majlis Alumni Homecoming Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Tarikh : 29 Mei 2009 - 31 Mei 2009 (Jumaat hingga Ahad)

Tempat : Kem PLKN Bukit Besar, Kulim Kedah

Kumpulan Sasar : Terhad kepada 200 Alumni PLKN yang berminat

Bayaran : RM 50.00 bagi ahli KAPLKN & RM 100.00 bagi bukan Ahli KAPLKN

Sehubungan dengan itu, mana-mana individu yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah membayar yuran pengesahan kehadiran sebanyak RM30.00 menggunakan wang pos (rujuk contoh di Lampiran), mengisi borang maklumbalas seperti di Lampiran A serta borang keahlian KAPLKN (bagi bukan ahli sahaja) seperti di Lampiran B dan mengembalikannya semula ke alamat diatas melalui pos sebelum 9 Mei 2009. Tuan/Puan diwajibkan membawa keratan sebelah kiri kiriman wang pos anda beserta baki yuran penyertaan sewaktu program kelak. (Rujuk Surat Jemputan)

Selain itu, KAPLKN juga ada menyediakan perkhidmatan bas untuk kemudahan Tuan/Puan. Bagi memudahkan urusan pengangkutan bagi yang memerlukan, Tuan/Puan diwajibkan untuk menghubungi Urusetia Program ditalian 03-26873417 (u/p En Azlan).

Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan berhubung perkara di atas adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(MOHD FIRDAUS BIN MD ALIP)
Presiden Kelab Alumni PLKN Malaysia (KAPLKN)
Tel : 019-6348654

Ingin Menjadi Ahli KAPLKN?

bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli KAPLKN.. sila isikan maklumat-maklumat berikut:-

Nama Penuh Anda (Mengikut Kad Pengenalan):-
No.Kad pengenalan:-
Alamat Surat-menyurat:-
Tarikh lahir:-
No.telefon (rumah & Bimbit):-
Jantina:-
Email:-

maklumat penyertaan PLKN
Kump:-
siri:-
tahun:-
Kem:-

maklumat akedemik
Nama IPT:-
kursus:-
Semester:-

maklumat pekerjaan
jawatan:-
nama majikan:-
alamat tempat bekerja:-

emailkan kepada alumni_plkn@yahoo.com atau stone_cool2020@yahoo.com

anda juga boleh download borang di sini

yuran bagi ahli seumur hidup adalah sebanyak RM50 dan dibayar sekali sahaja..(semasa pendaftaran)

Yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM30 setahun dan perlu di bayar setiap tahun..

sebarang pertanyaan emailkan kepada stone_cool2020@yahoo.com